MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Tuesday, March 3, 2009

Persembahan Unplugged....

Selepas selesainya 'first debut' kami pada Hari Keluarga 2005, ramai geng2 office yang terkejut. Sebabnya, sebelum ini ramai yang tidak menyedari tentang bakat muzik kami yang terpendam. Mereka pun tak sangka ada staff LTAT yang berkebolehan bermain alat muzik dan menubuhkan sebuah kumpulan muzik....(bangganyer ...). Sebelum ini kebiasaannya staff LTAT hanya terlibat dalam persembahan nyanyian dan sketsa, terutama dalam persembahan Hari Keluarga dan Dinner. Ini telah menyebabkan kami semakin bersemangat untuk terlibat dalam apa2 persembahan formal dan tak formal LTAT.....(dengan kata lain.... semakin riak untuk membuat persembahan....kui..kui)

Persembahan kedua kami adalah persembahan bagi meraikan majlis perpisahan En. Abd Latif Majid, staff LTAT yang bersara pada Mac 2006. Majlis tersebut telah diadakan di Eden., Chulan Square. Kami telah mempersembahkan secara 'unplugged' lagu-lagu yang menjadi siulan En. Latif suatu ketika dulu, iaitu secara 'medley' Hari Ini & Semalam @ Today & Yesterday, Bibir Mesra Jiwa Parah (60an) dan Bunyi Gitar. Manakala lagu Ingin Bersua (full version). Hanya 3 ahli terlibat iaitu Brother (vokal & rythm guitar), Amir (rythm guitar) dan Saiful Iskandar (lead guitar). Persembahan tersebut telah menaikkan lagi nama D'staff di kalangan staff LTAT dan kaum keluarga kami yang terdekat....

1 comment:

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...