MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Friday, February 27, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah....Mykugiran....(Part 1)

Mykugiran telah ditubuhkan secara tak rasminya pada penghujung tahun 2005, hasil dari inisiatif Mr. Jeffri @ Jeff dan Mr. Azhar@Brother. Tujuan utama penubuhan adalah untuk membuat persembahan pada Hari Keluarga LTAT 2005 yang diadakan di Guoman, Port Dickson. Dari situ pencarian anggota telah dibuat dan akhirnya mereka yang berminat dan perasan 'terror' telah menghadiri sesi 'jamming' pertama pada Disember 2005 (tarikh tak ingat). Sesi 'jamming' yang pertama telah dihadiri oleh Mr. Azhar (rythm gitar, bass, drum, vocalist... lepas brother, brother punya turn... lepas tu brother lagi...), Mr. Jeffri (drum), Amir (bass), Saiful Iskandar (lead gitar), Kak Non (temankan Brother), Midie (sound man), Syukri (sound engineer), Zarul (rythm gitar) dan Haizal (vocalist utama selepas brother). Hasilnya... 1 lagu pun tak habis.... (ada main intro jer, ada lagu tiba2 solo gitar jer, ader lagu vokal tak berbunyi dan ader lagu tak bunyi langsung). Tak kesah la beb... pengalaman pertama.

Tanpa berputus asa, sesi pemilihan lagu telah dibuat. Memandangkan persembahan yang dibuat untuk meraikan Hari Keluarga, lagu2 yang berbentuk kekeluargaan saja yang dipilih. 6 lagu telah dipilih... Lagu Jiwa Lagu Cinta-Mawi & M.Nasir (tengah top masa tu), Ibarat Air-D'Lloyd (Brother nyer favourite dari dulu lagi), Hidup Bersama-A.Ramli (Jeffri nyer favourite, kalau boleh vocal pun die nak sapu), Lena Diulit Intan-Wings, dan Naik Keretaku (muzik gubah sendiri beb...tak pernah dengar pun original song) dan Kenangan Lalu-Flybait. Setelah 4 -5 kali 'jamming' tanpa berputus asa... akhirnya, sambil disaksikan oleh Naib Presiden Kesureta waktu itu, En. Musa, lagu 2 tersebut berjaya dimainkan secara penuh.. (dah rasa 'terror' dah masa tue...hhinhs..hhinhs..').

Setelah disokong dengan rasminya oleh AJK Kesureta untuk membuat persembahan, pemilihan nama kumpulan pulak dibuat... macam-macam nama dicadangkan...(Rimba Bara, Malaikat Maut, Gagak Hitam, Kumpulan Azroy, Kumpulan Elite....macam-macam ada.....) akhirnya D'Staff menjadi pilihan, hasil cadangan En. Salahuddin di Kafe LTAT tingkat 13... (kununnya nama korporat la tu..). Dengan itu tertubuhlah dengan rasminya kumpulan D'staff.......


Selepas beberapa lagi sesi jamming dibuat, akhirnya tugas2 telah ditetapkan seperti berikut:
  1. Lagu Jiwa Lagu Cinta (vokal : Brother & Haizal, bass: Amir, rythm gitar: Brother, drum: Jeffri, lead gitar: Saiful Iskandar)
  2. Naik Keretaku (vokal : Brother, bass: Amir, rythm gitar: Brother, drum: Jeffri, lead gitar: Saiful Iskandar)
  3. Lena Diulit Intan (vokal : Haizal, bass: Amir, rythm gitar: Brother, drum: Jeffri, lead gitar: Saiful Iskandar)
  4. Kenangan Lalu (vokal : Haizal, bass: Amir, rythm gitar: Brother, drum: Jeffri, lead gitar: Saiful Iskandar)
  5. Ibarat Air (vokal : Brother, bass: Amir, rythm gitar: Brother, drum: Jeffri, lead gitar: Saiful Iskandar)
  6. Hidup Bersama (vokal : Brother, bass: Amir, rythm gitar: Brother, drum: Jeffri, lead gitar: Saiful Iskandar)

Bersambung diruangan akan datang.....
Testing

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...