MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Wednesday, February 10, 2010

Chess, Domino & Congkak Tournament LTAT

Kelab Sukan dan Rekreasi LTAT (KESURETA) sekali lagi menganjurkan aktiviti sukan dalaman untuk kakitangan LTAT. Kali ni, kejohanan catur LTAT dan kejohanan congkak dan domino LTAT telah dianjurkan pada 24 Januari 2010  dan7 Februari 2010. 

Walaupun sambutan ke atas kejohanan catur LTAT pada mulanya amatlah menggalakkan namun pada saat² akhir ramai peserta terpaksa menarik diri kerana sebab² dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, kejohanan catur LTAT kali ini tetap diteruskan dan suasana amatlah mencabar dengan kebanyakan peserta yang terlibat adalah otai, bersaing sengit bagi merebut kejuaraan berprestij anjuran KESURETA. Hadiah berupa wang tunai menjadi rebutan bagi kejohanan kali ini. Pemenangnya adalah Brother@Azhar yang merupakan boss mykugiranLTAT. 


^_^ Namun begitu penyertaan untuk kejohanan congkak dan domino LTAT kali ini amatlah menggalakkan, lebih ramai peserta yang terlibat berbanding dgn tahun² yang lepas. Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar sekali.

Ahli mykugiranLTAT yang seperti biasa aktif menganjurkan dan menyertai kedua-dua kejohanan tersebut adalah saudara
Bain dan Ady. "Terima kasih kepada mereka yang menjayakan program sukan dalaman ni dan tahniah kepada pemenang! ^_^" tambah Bain.


Friday, February 5, 2010

Perfumes Oil for Men and Women-DQ


Perfumes Oil for Men and Women-DQ. Memang sungguh harum baunya. Ahli Mykugiran, Encik Mohd Hamidi atau panggilan rocknya : Midie, baru berkecimpung di dlm dunia perniagaan minyak wangi ni. Habis satu bangunan LTAT disemburnya ngan perfume yg dijualnya. Kebanyakan pelanggan beliau adalah warga kakitangan LTAT buat masa ni. Kini beliau ingin mencuba nasib a.k.a. test market melalui dunia cyber. 

Kata Midie, "Strategi test market di alam maya adalah merupakan salah satu strategi yg paling strategik untuk menarik pelanggan walau di mana jua mereka berada..." ^_^

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi beliau melalui:-
ltat@pspk.org.my atau
hubungi terus di talian :
03-21489777 ext220

Sekotak cuma RM25.00 sahaja. Setiap kotak mengandungi 3 jenis perfumes yang boleh bertahan sehingga 8 jam! Dijamin halal (tetapi tidak boleh dimakan...) ^_^'

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...