MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Thursday, January 28, 2010

LTAT Sahut Cabaran Kempen Derma Darah

Kesinambungan dari 1Blood for 1Malaysia, usaha bagi menjayakan kempen derma darah di Pusat Darah Negara diteruskan. Seramai lebih 10 orang kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menyahut cabaran murni ini bagi menyokong usaha Pusat Darah Negara dalam Kempen Derma Darah pada 25 Januari 2010 yang lalu. Ahli Mykugiran yang terlibat dalam kempen ini ialah Bain, Ady, Mazni dan Zuna. Pesanan Bain "Menderma darah adalah tanggungjawab kita bersama yang boleh menyelamatkan nyawa. :)"




Usaha murni ini telah dijalankan melalui kelab sukan dan rekreasi LTAT (KESURETA), yang diketuai oleh En. Suhaimi Mat Arshad selaku Naib Presiden KESURETA. Ady juga banyak membantu bagi menjayakan aktiviti menderma darah untuk LTAT. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Syed Rostam Syed Elias (Ketua Pegawai Penerangan) dan Puan Siti Sakinah Binti Hayat (Penolong Pegawai Penerangan) dari Unit Perolehan dan Perhubungan Penderma, Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Kerjasama yang telah diberikan oleh mereka amatlah dihargai.


Tambah Bain lagi "Diharap kerjasama di antara Bain dengan pihak Pusat Darah Negara akan dapat diteruskan demi kebaikan semua pihak di masa akan datang. Insyaallah..." (Sumber dari Bain)

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...