MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Wednesday, March 4, 2009

Gegaran Mykugiran......WELL-DONE



Nama D'staff telah ditukarkan kepada Mykugiran secara rasminya pada 2007 atas cadangan Ady. Masa tue tengah panas isu Myteam......jeng..jeng..jeng...lu fikir la sendiri. Tujuan utama kami pada masa itu... 'perform' masa Dinner LTAT 2007. Sebenarnyelahkan...banyak pihak meragui kemampuan kami. Banyak jugak suara sumbang... antaranya "korang main kat hari keluarga budak lari2 depan pentas bolehlah..... ni nak main depan Najib (TPM masa tue) kena ada kualiti". Tapi difikir balik, buat apa nak takut 'perform' depan Najib, bukannya 'perform' depan pengkritik muzik Ramli M.S. ke, M.Nasir ker.. boleh lah cuak. Apa2 hal tak kisah... kita orang nak 'perform' jugak. Setelah melalui pelbagai rintangan (chewah..mcm karangan la plak), akhirnya kami dibenarkan perform masa Dinner LTAT 2007. Memandangkan kami cuma '3 pieces' (lead guitar, bass dan drum sebab Brother pergi Mekah...Alhamdulillah) jadi kami memilih konsep 60an...pop yeh-yeh... tapi kami pilih untuk 'perform' lagu yang jarang keluar radio.

Kami memilih untuk 'perform' secara medley lagu Malam Pesta Muda-mudi@Pak Meon - Saloma, lagu Dendang Pontianak - Ahmad Daud dan lagu Ngalompak Ago-go - Kassim Selamat. Hasil dari beberapa sesi 'jamming' termasuk ngan pemain keyboard jemputan dari Orkes Tentera Darat, saudara Payat, akhirnya kami berjaya membuat arrangement yang padat dan ringkas bagi menggabungkan ketiga2 lagu tersebut menjadi medley...hinhs..hinhs..

Lupa lak nak bagitau, para penyanyi Mykugiran yang terlibat ialah Zuna (Malam Pesta Muda-Mudi), Haizal (Dendang Pontianak), Haizal lagi (Ngalompak Ago-go) dan penyanyi latar Jiha dan Mazni.

Akhirnya selepas persembahan, kami telah mendapat kata2 penghargaan yang tidak di duga dari YBhg.KE LTAT.... "WELL-DONE"

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...