MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Wednesday, March 4, 2009

'Jamming' session - Hari Keluarga 2008

Gambar2 nie semuanyer dicilok dari saudara Bain dan pernah dimasukkan dalam post bulan Disember. Gambar2 semasa jamming session untuk persembahan Hari Keluarga 2008. Namun begitu persembahan dibatalkan disebabkan kemangkatan Yg Dipertua Negeri Sembilan pada hari itu..... berkabung. Sesi jamming ini turut disertai oleh ahli baru Mykugiran - Ali dan Fakri bersama2 dengan Brother, Amir, Jeffri, Haizal, Ady, Zuna, Mazni, Jiha, Bain (photographer @ vokal) dan Saiful Iskandar. Sesi jamming telah diadakan di Studio Abg Mie pada bulan Disember 2008.
Mazni, Zuna & Jiha
Ady & Amir
Siskandar & Ali
FakriAliJeffri


Gegaran Mykugiran......WELL-DONE



Nama D'staff telah ditukarkan kepada Mykugiran secara rasminya pada 2007 atas cadangan Ady. Masa tue tengah panas isu Myteam......jeng..jeng..jeng...lu fikir la sendiri. Tujuan utama kami pada masa itu... 'perform' masa Dinner LTAT 2007. Sebenarnyelahkan...banyak pihak meragui kemampuan kami. Banyak jugak suara sumbang... antaranya "korang main kat hari keluarga budak lari2 depan pentas bolehlah..... ni nak main depan Najib (TPM masa tue) kena ada kualiti". Tapi difikir balik, buat apa nak takut 'perform' depan Najib, bukannya 'perform' depan pengkritik muzik Ramli M.S. ke, M.Nasir ker.. boleh lah cuak. Apa2 hal tak kisah... kita orang nak 'perform' jugak. Setelah melalui pelbagai rintangan (chewah..mcm karangan la plak), akhirnya kami dibenarkan perform masa Dinner LTAT 2007. Memandangkan kami cuma '3 pieces' (lead guitar, bass dan drum sebab Brother pergi Mekah...Alhamdulillah) jadi kami memilih konsep 60an...pop yeh-yeh... tapi kami pilih untuk 'perform' lagu yang jarang keluar radio.

Kami memilih untuk 'perform' secara medley lagu Malam Pesta Muda-mudi@Pak Meon - Saloma, lagu Dendang Pontianak - Ahmad Daud dan lagu Ngalompak Ago-go - Kassim Selamat. Hasil dari beberapa sesi 'jamming' termasuk ngan pemain keyboard jemputan dari Orkes Tentera Darat, saudara Payat, akhirnya kami berjaya membuat arrangement yang padat dan ringkas bagi menggabungkan ketiga2 lagu tersebut menjadi medley...hinhs..hinhs..

Lupa lak nak bagitau, para penyanyi Mykugiran yang terlibat ialah Zuna (Malam Pesta Muda-Mudi), Haizal (Dendang Pontianak), Haizal lagi (Ngalompak Ago-go) dan penyanyi latar Jiha dan Mazni.

Akhirnya selepas persembahan, kami telah mendapat kata2 penghargaan yang tidak di duga dari YBhg.KE LTAT.... "WELL-DONE"

Tuesday, March 3, 2009

Persembahan Unplugged....

Selepas selesainya 'first debut' kami pada Hari Keluarga 2005, ramai geng2 office yang terkejut. Sebabnya, sebelum ini ramai yang tidak menyedari tentang bakat muzik kami yang terpendam. Mereka pun tak sangka ada staff LTAT yang berkebolehan bermain alat muzik dan menubuhkan sebuah kumpulan muzik....(bangganyer ...). Sebelum ini kebiasaannya staff LTAT hanya terlibat dalam persembahan nyanyian dan sketsa, terutama dalam persembahan Hari Keluarga dan Dinner. Ini telah menyebabkan kami semakin bersemangat untuk terlibat dalam apa2 persembahan formal dan tak formal LTAT.....(dengan kata lain.... semakin riak untuk membuat persembahan....kui..kui)

Persembahan kedua kami adalah persembahan bagi meraikan majlis perpisahan En. Abd Latif Majid, staff LTAT yang bersara pada Mac 2006. Majlis tersebut telah diadakan di Eden., Chulan Square. Kami telah mempersembahkan secara 'unplugged' lagu-lagu yang menjadi siulan En. Latif suatu ketika dulu, iaitu secara 'medley' Hari Ini & Semalam @ Today & Yesterday, Bibir Mesra Jiwa Parah (60an) dan Bunyi Gitar. Manakala lagu Ingin Bersua (full version). Hanya 3 ahli terlibat iaitu Brother (vokal & rythm guitar), Amir (rythm guitar) dan Saiful Iskandar (lead guitar). Persembahan tersebut telah menaikkan lagi nama D'staff di kalangan staff LTAT dan kaum keluarga kami yang terdekat....

Monday, March 2, 2009

Hari Keluarga 2005 - Live Performance

3 buah lagu yang turut di'performed' oleh kumpulan D'staff iaitu lagu Hidup Bersama, Kenangan Lalu dan Lena Diulit Intan.

....Harap maaf, kualiti rakaman kurang memuaskan kerana telah di 'convert' ke dalam format 'flv'.

Hari Ini Dalam Sejarah....Mykugiran....(Part 2)


Hari berganti hari, masa berganti masa, saat berganti saat, saat yang dinantikan semakin hampir . Semakin hampir saat yang dinantikan, semakin berdebar rasa di hati.... (macam nak nikah la pulak - Brother pun pakai baju melayu tanjak satu set mlm tu... mcm nak nikah no.2....hu...hu...).

Semakin dekat hari persembahan, semakin keraplah sesi 'jamming' dibuat. Semakin kerap latihan dibuat, semakin banyaklah bilangan sate yang telah kami 'cekik'...... "Har...har..har...." gelak brother sate kat depan studio abg mie..... "Wah, gelak besar... untung berniaga" sahut tikus2 yang berkeliaran dibelakang gerai tersebut....

Macam2 perkara yang difikirkan.... takut terkucil masa perform, lupa kod lagu, lupa lirik, sound tak balance... dan yang paling risau... berterabur ke laut..... tapi berbekalkan kata semangat...'belasah jer'.... Dan akhirnya memang betul2 belasahlah malam tu. tapi biasalah beb... lupa kod, lupa lirik, berterabur masa intro, muka putih macam raja kapur... sampai melecet tangan pun ader lepas persembahan. Tapi takper, pengalaman pertama 'live performance'. Yang penting, penonton tau lagu apa yang kita orang performed.

Sambutan dan komen penonton?? Ade yang ok, ade yang ko. Tapi kebanyakannya ok la. Yang penting, tepukan gemuruh diberikan masa performed lagu pertama... Lagu Jiwa Lagu Cinta.... lagu pertama jer la...hu..hu..


PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...