MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Friday, June 15, 2012

Ikon Pop Yeh-Yeh (Malay Music Scene)

Jeffrydin


Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman atau lebih dikenali sebagai Jeffrydin merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Jefrydin menjadi kegilaan peminat sebagaimana Allahyarham A. Ramlie. Jefrydin selalu diserbu peminatnya pada setiap pertunjukkan hingga bajunya pernah koyak-koyak dan tercabut butang. Malah albumnya, EP Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika itu.

Kerjaya seni beliau bermula sewaktu belajar dalam darjah lima di Sekolah Tangling Tinggi, Singapura. Jefrydin kemudiannya mula memasuki pertandingan menyanyi dan menjadi juara sekitar 1962. Selepas itu Jefrydin bertanding pula dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura 1964 dan berjaya menyandang juara selama tiga tahun berturut-turut. Turut bertanding ketika itu A. Ramlie yang mendapat nombor dua manakala Allahyarham M. Osman pula di tempat ketiga.Selepas itu, Jefrydin menyanyi di majlis perkahwinan bersama Kumpulan Rhythm Boysnya hampir setiap minggu.

Bakat Jeffrydin dicungkil oleh pengurus syarikat rakaman keturunan Cina-Indonesia, Mr Lee yang mendengar beliau menyanyi di majlis kahwin di Singapura. Ketika ditemuduga beliau disuruh memainkan lagu Seruling Bambu dan Fatwa Pujangga dan menandatangani kontrak. Di atas cadangan Mr Lee, beliau menyanyi pula dengan kumpulan The Siglap Five.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan Jefrydin ialah apabila Rhythm Boys (sebelum A. Ramlie menyertainya) muncul sebagai Juara Kugiran anjuran Persatuan Pemuda Pemudi Bandaraya Singapura pada 1966 setelah mengalahkan M. Osman bersama The Clans manakala A. Ramlie ketika itu bersama The Ramlie's. Sungguhpun begitu hubungan mereka tetap akrab.

Hingga kini, Jefrydin telah pernah menghasilkan 30 album. Dia bertemu jodoh dengan gadis Pulau Pinang, Rashidah Abdullah, 49, yang juga pengurusnya dan dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Arjuna Mirko, 26, Raden Wira Sukma, 20, serta Raden Ratna Sari Dewi, 15.

Pada 2002, Jefrydin telah dianugerahkan Pingat AMP dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Jefrydin turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [1]

Album
Seruling Anak Gembala
Kenanganku
Seruling Bambu
Sendiri
Jessi 10 Pujaanku (1979)
Mas Mona 1 (1993)
Pertemuan (1994)
Tiada Bayangan Cinta (1997)
Nostalgia Hari Raya Bersama Artis Lagenda (1999)
Mas Mona II (1999)
Adekku
Berjanji
Gadis Manja
Kasihku Pergi
Nada Suci Untuk Mu
Peristiwa Di Awang Awangan
Peristiwaku
Seruanku

A.Ramlie
A. Ramlie merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. A. Ramlie telah dilahirkan pada 25 Ogos 1948 di Jalan Tegas, Kampung Batak, daerah Kaki Bukit, Singapura. Beliau merupakan anak kepada almarhum Ahmad Masid dan Asmah Raden Ismail, dan merupakan anak kelima dari 19 beradek.

A Ramlie pernah bertanding dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura 1954 dan mendapat nombor dua sementara kumpulan pertama dimenangi oleh kumpulan yang disertai oleh Jefrydin.


Pada mulanya beliau menyertai kumpulan The Siglap Five, sebelum bertukar menyertai kumpulan The Rythmn Boys, seterusnya menjuarai Pertandiran Kugiran Seluruh Singapura 1965. Beliau juga pernah merakamkan lagu bersama kumpulan The Click Four. Kugiran terakhir yang mengiringi arwah di tahun 60-an ialah kumpulan The Times Orchestra. A. Ramlie juga pernah merakam dengan kumpulan The Clans.


Pada tahun 1971, A. Ramlie telah berganding dengan penyanyi wanita Maria Bachok buat pertama kali dalam rancangan hiburan TV Singapura iaitu Istana Pesta. Dari situ mereka bersama dalam beberapa rakaman EP di bawah label Panda - kali ini diiringi oleh sebuah kugiran dari Johor Bahru iaitu kumpulan The Nite Walkers. Di antara rakaman duet mereka di waktu itu ialah Patah Tumbuh Hilang Berganti, Itulah Sayang, Tari Selendang, Ingin Berkawan Saja, Antara Sehati Sejiwa dan Setangkai Kembang Melati. Hubungan cinta yang terjalin telah membawa pasangan duet ini ke jinjang pelamin pada tahun 1972. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang puteri tunggal yang diberi nama Marliana, setahun kemudian, dan menetap di Marine Terrace, Singapura.


Berikutan kebangkitan semula irama Pop Yeh Yeh pada tahun 1985 berikutan satu konsert perdana di Stadium Merdeka, A. Ramlie dan Maria Bachok sanggup mengambil risiko berhijrah ke Johor Bahru sebagai penduduk tetap Malaysia. Mereka turut menyanyi di Juwita Longe milik penyanyi seangkatan mereka, Hasnah Harun. A. Ramlie juga pernah merakamkan sebuah album tribute untuk Allahyarham Hamzah Dolmat pada tahun 1987 dengan judul Untukmu Penggesek Biola. A. Ramlie dan Maria Bachok kemudiannya bercerai pada tahun 1988.


Pada 1996, beliau telah lama menderita penyakit Parkinson dan satu persembahan artis-artis 60-an di bawah konsert Masih Ada Yang Sayang diadakan di Stadium Merdeka yang diusahakan oleh M. Shariff telah diadakan bagi membantu menampung perbelanjaan perubatan.


20 Hits Nostalgia
Ole Ole Temasek
Hidup Bersama
Kenangan Mengusik Jiwa
Salam Muhibbah
Rindumu Tak Serinduku
Orang Tak Sudi
Mencari Bahagia
Lambaian Desa
Semusim Layu Berlalu
Tersenyumlah Sayang
Ingat Padaku
Rambut (Ft. Maria Bachok)
Kasih Impian
Mengapa Bunga Dipuja (Ft. Maria Bachok)
Oh Fatimah
Harapan Menanti
Kasih Tak Sudah
Dendang Anak Tani
Seribu Janji
Kasih Berbunga Sepanjang Musim (Ft. Maria Bachok)


M.Osman





M. Osman merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

M. Osman sering membuat persembahan dengan diiringi oleh Kumpulan Les Fentones & kumpulan The Singlap Boys. Beliau mencipta nama dengan lagu Suzana. M. Osman merupakan antara penyanyi tempatan yang pertama merakamkan lagu dalam bentuk Pop Yeh-yeh dengan lagunya Suzanna pada 1964. Beliau berkahwin dengan Afidah Es yang juga merupakan seorang penyanyi, dan merupakan bapa kepada Aziz M.Osman


Lagu-lagu
Gelombang Rindu
Dara
Dimana Gerangan
Kisah Disimpang
Suzana
Kasih Berduka
Desa Suchi
Mimpiku
Selamat Tinggal Pujaan
Melati
Hanchor Harapan
Mawarku Pergi
Dendang Patah Hati
Madah Harapan
Keluhan Hiba
Kahwin Paksa
Pesona
Bisekan Malam


source : http://ms.wikipedia.org/wiki/

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...