MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Wednesday, June 15, 2011

"The Return"......Hari Keluarga 2010 (part 1)

Setelah hampir 2 tahun tak 'jamming' (last 'jamming' Disember 2008), pada Disember 2010, kami kembali ber'jamming' di Power House Studio, Kampung Pandan. Tujuannya adalah untuk persembahan Majlis Makan Malam Hari Keluarga LTAT 2010 di Everly Resort Hotel Melaka pada 18 Disember 2010. Kami telah diberi kepercayaan oleh pihak Kesureta untuk membuat persembahan secara solo pada malam tersebut. "Terima kasih kepada tuan presiden - En. Suhaimi". 

Dengan persiapan hanya 2 minggu (last minute) akhirnya kami berjaya memperkemaskan muzik kami walau pun terdapat masalah dalam 1 - 2 lagu. Lagu-lagu yang terpilih adalah: 
  1. Yank – Wali Band
  2. Kakanda Adinda – Monologue & Athilia
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
  4. Kasih Berduka – 60an
  5. Seiring & Sejalan –  Broery & Sharifah Aini
  6. Kalau Berpacaran – Suhaimi, Ana Raffali & Altimet
  7. Hati Emas – M.Nasir
  8. Biarkan Berlalu – Wings
  9. Biru Mata Hitamku - Wings
  10. Hidup Bersama – A.Ramlee & Rtyhm Boys
MyKugiran juga telah mendapat penyanyi baru iaitu Mohd Hazri@Jerry. Line-up MyKugiran yang terlibat dalam persembahan pada kali ini ialah Azhar, Amirrudin, Saiful Iskandar, Mohamad Fakri, Mohd Azdy, Mohd Hazri, Mohd Haizal, Khairudin Jaffry, Nur Aziha, Zunafishailmy, Siti Radhiah dan drummer jemputan - anak kepada tuan presiden Kesureta.

Rata-rata persembahan kami mendapat 'feedback' yang menggalakkan termasuk dari 'sound man' Kem Terendak, Melaka.

"Yank" nyanyian Mohd Hazri & Zunafishailmy

"Kekanda Adinda" nyanyian Mohd Hazri & Nur Aziha

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...