MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Monday, June 20, 2011

Kisah Search Ke Layar Perak


Petikan Berita Harian : Filem berjudul Search: Meniti Titian bakal mulakan penggambaran.

HANYA dengan satu keputusan nekad, lima minit sebelum bas bergerak menuju ke Kuala Lumpur, adalah menjadi titik terpenting di dalam lipatan sejarah buat kumpulan lagenda rock tanah air, Search. Pemain dram, Yazid Ahmad hampir bertindak mengoyakkan tiket Amy kerana yakin Amy tidak akan menaiki bas pada malam itu untuk menuju ke ibu negara bagi memulakan penghidupan baru mereka sebagai pemuzik. Amy pula yang sememangnya pemuda pendiam sejak remaja seperti berada di dalam dilema. Dia seperti tidak mampu untuk membuat keputusan, sama ada ingin terus mengikuti sahabat lain ke Kuala Lumpur atau mendengar cakap kedua orang tuanya supaya terus tinggal di Johor Bahru.

Sedangkan pada waktu Hillary Ng, Nasir Daud dan Din memang sudah lama menunggu mereka (Yazid dan Amy) di Kuala Lumpur. Lima minit sebelum bas bergerak, kelibat Amy dalam keadaan termengah-mengah berlari menaiki anak tangga bas membuatkan Yazid tersenyum bangga. Bermulalah penghidupan baru lima anak muda di kota yang penuh dengan segala macam cabaran sebagai anak seni. Segala detik terpenting, semangat untuk berubah, kejujuran dalam persahabatan dan kehidupan sebenar kumpulan lagenda Search bakal dilayarkan ke layar perak sebagai sebuah filem cereka tidak lama lagi. 

Itulah antara babak dan cerita yang dipaparkan dalam filem yang mengangkat perjalanan hidup dan bermulanya kumpulan Search berjudul Search: Meniti Titian. Ketika ini perancangan untuk filem itu sudah dilakukan sejak setahun yang lalu dan kini proses menyiapkan skrip sedang berjalan rancak. Filem yang diterbitkan Saspintar Sdn Bhd melalui perancangan yang teliti untuk menghasilkan kisah benar kumpulan yang cukup dikagumi di negara ini. 

Penerbitnya, Marzunaidi Mat Noh berkata, perancangan dan kajian yang rapi akan dilalui bagi memastikan kualiti produk dapat dihasilkan. 
“Idea ini timbul setahun yang lalu di dalam bulan puasa. Saya dan rakan sekerja, Suhaimi berjumpa Amy pada satu majlis berbuka puasa dan menyatakan hasrat itu untuk menerbitkan filem yang mengisahkan kisah benar Search.  
“Idea saya memang diterima Amy, namun Amy menyoal saya semula, ‘siapa yang nak buat? Katanya kalau betul nak buat, kenalah serius dan melakukan persediaan yang rapi. Memang dia tidak mahu cakap kosong. 

“Dari situ kami mula berbincang, merancang dan merangka sehinggalah hari ini. Bererti kini sudah setahun proses ini berjalan,” katanya yang ditemui baru-baru ini. 

Kini proses menyiapkan skrip sedang rancak dijalankan dan dijangkakan akan melalui beberapa draf sebelum dipersetujui oleh setiap anggota Search sendiri. 

“Kami kini sedang mendapatkan kisah hidup setiap anggota Search dengan meluangkan masa menemubual mereka dan mengkaji latar kehidupan silam mereka. “Semua cerita di dalam filem ini adalah cerita benar. Beberapa peristiwa penting akan dikeluarkan di mana tanpa peristiwa itu maka tidak akan wujudlah Search hingga hari ini. 

Sebaik draf pertama siap, ia akan melalui proses penyaringan pertama daripada setiap anggota Search sehinggalah ke draf ketiga atau seterusnya. 

“Pada peringkat menyiapkan skrip ini, memang kami harus mendapatkan persetujuan daripada semua ahli Search, ini bagi mengelakkan daripada kesalahan fakta. Lebih lagi filem ini bukan sekadar filem cereka tetapi ia boleh dijadikan rujukan kepada peminat mengenai sejarah penubuhan kumpulan kesayangan mereka,” katanya. 

Search sudah berusia 30 tahun 

VOKALIS utama Search, Amy berkata, sempena 30 tahun usia pembabitan Search di dalam industri hiburan, projek filem ini seharusnya ada bagi dokumentasi impian yang ingin digapai generasi baru.
“Filem ini bukan sekadar menceritakan mengenai pembabitan awal Search di dalam industri seni tetapi semangat. Kerja kuat dan impian Search sehingga sampai ke tahap ini. 

“Bagaimana kami bermula dengan mimpi dan akhirnya menjadi realiti. Kami mahu memberi galakan kepada generasi akan datang walaupun kami semuanya bukan dari latar belakang berpendidikan tinggi,” katanya yang ditemui baru-baru ini. 

Bagi Nasir Daud, sempena ulang tahun ke-30 pembabitan Search dalam industri seni tahun depan, pelbagai perancangan membabitkan jenama Search dirancang dan bakal diterbitkan. “Kini sudah sampai masanya untuk menunjukkan kemuncak karier Search di dalam industri terus disokong. Selain banyak syarikat penerbitan yang berminat untuk menerbitkan filem Search, kami juga merancang untuk menghasilkan buku berjudul ‘Search Untold Story’. 

“Buku ini akan menceritakan kisah Search yang tidak pernah diketahui peminat. Sebagai contoh mengenai pembikinan lagu yang pernah mencetus fenomena dalam industri muzik kita iaitu Isabella dan apa cerita disebalik pembikinan lagu itu. 

“Selain itu, kami juga akan mengeluarkan replika patung Search dalam beberapa versi untuk cenderamata kepada peminat kami. Cenderamata ini akan ditempah di luar negara dan ia bakal diperkenalkan buat pertama kali di negara kita secara eksklusif,” katanya. 

"The Return"......Hari Keluarga 2010 (part 2)

Lagu 'Kasih Berduka' nyanyian Mohd Hazri.


Lagu 'Hati Emas' nyanyian Mohd Haizal.

Friday, June 17, 2011

Guitar Lesson: 10 Guitar Tuning Tips And Secrets

  • Tune your guitar every time you pick it up to play, guitars can go out of tune sooner then you think.
  • Avoid leaving your guitar in areas with extreme temperature changes,this will definitely mess up the tuning. Dropping or bumping the guitar will also make it go out of tune. Carry your guitar in a case as any damage to it could effect how well it tunes up.
  • In a noisy environment you will definitely want to use a guitar tuner. You should purchase a quality tuner. You don’t need to spend alot. An inexpensive tuner or tuning fork is definitely good enough to start out. Always bring it to gigs and jam sessions. But, remember try to develop your ear by using the traditional guitar tuning method when you can. In the long run you will be just that much better of a musician. Only use a guitar tuner to tune the Low E string and then tune the rest by ear. This will help develop your ear as a musician.
  • Learn to attach the strings to the machine heads properly.
  • ALWAYS TUNE UP! When you tune a guitar string, always start below the desired note and tune up to pitch not down to pitch. This will help prevent the string from going flat during play. Even if the note is too high you can stretch the string to give it some slack then tighten it.
  • Tuning heads have a certain amount of “play” in them so make a couple of deep bends and then fine tune the string.
  • Before tuning a suspect string, check it against both adjacent strings to determine which string is actually out of tune. The string you suspect may not even be the culprit.
  • Play a chord that you know well to test the tuning, if it sounds odd or out a bit it probably is, remember always trust you ear.
  • When tuning a guitar with a vibrato arm, tune the string, give the arm a good shake, stretch the string, give the arm another shake and fine tune.
  • When putting new strings on your guitar you must always make sure you stretch them as you tune them to pitch. Try holding them down on the neck around the 24th fret with your right hand while pulling them away from the guitar body with your left hand. You don’t have to use too much muscle, a few firm tugs should do the trick.

Wednesday, June 15, 2011

Guitar Lesson: Standard Guitar Tuning Methods

There are many different methods you can use to tune a guitar. The most popular and widely used is Standard Guitar Tuning. That is, the strings are tuned from thickest to thinnest E A D G B E. This tuning evolved mainly because it is the best and easiest for fingering the most amount of scales and chords. Not only are there different tunings, but there are also different techniques to tuning up. I suggest that you experiment and learn different ways to tune. Here are 5 easy methods:

Using An Online Guitar Tuner

Check out this online guitar tuner. This guitar tuner can also do alternate guitar tunings; such as Drop D, Open C, Open G, Open D, Half Step Down, Full Step Down, Open E or Admiral.

Tuning With An Electronic Tuner

There are many electronic tuners on the market today. An electronic tuner monitors the frequency of each of the six strings. The guitar tuning is adjusted until the correct reading on the tuner is given. These are especially good if you are the visual type of learner.An electric guitar or acoustic guitar with a pick-up can also be plugged into the tuner. Sound can be picked up by a tiny built in microphone; this allows acoustics without pick-ups to be tuned. There is a visual frequency display that will show you with a needle how close you are to the proper frequency of any given note. Because of the visual display these tuners are especially helpful in noisy environments, i.e., tuning your guitar in a loud concert hall.
Some electronic tuners also come with adjustable or alternate tunings. Electronic Tuners definitely make guitar tuning easier as they are small and therefore portable. But keep in mind it is helpful to you as a musician to learn to tune by ear as it helps develope your ear, making you a more skillful musician.
Electronic Guitar Tuner

Guitar Tuning With A Keyboard Or Piano

The first step in any guitar tuning is to find a source for reference tones. Since pianos stay in tune for years they are always a good source to use. Using a Piano or Keyboard the strings on the guitar can be tuned to six keys on the keyboard. The diagram below shows the relationship between the open notes of standard tuning on guitar and a piano.
Tuning A Guitar From A Piano

Tuning In Octaves

Another common approach to tuning the guitar makes use of octave intervals. To begin with, the open 1st string should be tuned to the note E (you can use an electronic tuner, a piano, a pitchfork, or just wing it by ear to get the correct pitch).
When it is in tune, the open 2nd string (B) can be tuned an octave below the B played on the 7th fret of the 1st string.
With the 2nd string in tune, the open 3rd string (G) can be tuned to the G an octave above on the 8th fret of the 2nd string. The open 4th string (D) can then be tuned to the D an octave above on the 7th fret of the 3rd string.
Similarly, the 5th and 6th strings may also be tuned using the 7th fret octaves.
All the strings except the 3rd should have an interval of an octave between the open string and the 7th fret of the string below. From the 3rd string though, the octave is heard by playing the 8th fret of the 2nd string. 
Guitar Tuning Octaves


Tuning with Harmonics

On certain frets, when a string is played while a finger gently touches it directly over the fret, a harmonic is produced. Keep in mind you are not fretting the note directly against the fretboard you are simply touching the string. Placing a finger over one of these points changes the usual pitch of a vibrating open string.
Instead, a related higher-frequency note will be heard. This harmonic is referred to as anupper partial. The technique shown below uses a series of harmonics to tune the guitar. Over the 5th fret, the harmonic occurs two octaves above the pitch of the open string. Over the 7th fret, the harmonic is an octave and a fifth above open-string pitch.
  1. Tune the 6th string (E) to a tone reference such as an electronic tuner or other instrument
  2. Play the 5th harmonic on the 6th string, let this note ring and play the 7th fret harmonic on the 5th string, adjust the tuning head until they sound the same.
  3. Play the 5th harmonic on the 5th string, let this note ring and play the 7th fret harmonic on the 4th string, adjust the tuning head until they sound the same.
  4. Play the 5th harmonic on the 4th string, let this note ring and play the 7th fret harmonic on the 3rd string, adjust the tuning head until they sound the same.
  5. Play the 7th harmonic on the 6th string, let this note ring and play the open 2nd string, adjust the tuning head until they sound the same.
  6. Play the 5th harmonic on the 6th string, let this note ring and play the open 1st string, adjust the tuning head until they sound the same.
Tuning With Harmonics
That concludes this tutorial on 5 easy guitar tuning methods. Now that your all tuned up you can sit back and strum all night long.

Source : http://www.howtotuneaguitar.org/tuning/methods/

"The Return"......Hari Keluarga 2010 (part 1)

Setelah hampir 2 tahun tak 'jamming' (last 'jamming' Disember 2008), pada Disember 2010, kami kembali ber'jamming' di Power House Studio, Kampung Pandan. Tujuannya adalah untuk persembahan Majlis Makan Malam Hari Keluarga LTAT 2010 di Everly Resort Hotel Melaka pada 18 Disember 2010. Kami telah diberi kepercayaan oleh pihak Kesureta untuk membuat persembahan secara solo pada malam tersebut. "Terima kasih kepada tuan presiden - En. Suhaimi". 

Dengan persiapan hanya 2 minggu (last minute) akhirnya kami berjaya memperkemaskan muzik kami walau pun terdapat masalah dalam 1 - 2 lagu. Lagu-lagu yang terpilih adalah: 
  1. Yank – Wali Band
  2. Kakanda Adinda – Monologue & Athilia
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
  4. Kasih Berduka – 60an
  5. Seiring & Sejalan –  Broery & Sharifah Aini
  6. Kalau Berpacaran – Suhaimi, Ana Raffali & Altimet
  7. Hati Emas – M.Nasir
  8. Biarkan Berlalu – Wings
  9. Biru Mata Hitamku - Wings
  10. Hidup Bersama – A.Ramlee & Rtyhm Boys
MyKugiran juga telah mendapat penyanyi baru iaitu Mohd Hazri@Jerry. Line-up MyKugiran yang terlibat dalam persembahan pada kali ini ialah Azhar, Amirrudin, Saiful Iskandar, Mohamad Fakri, Mohd Azdy, Mohd Hazri, Mohd Haizal, Khairudin Jaffry, Nur Aziha, Zunafishailmy, Siti Radhiah dan drummer jemputan - anak kepada tuan presiden Kesureta.

Rata-rata persembahan kami mendapat 'feedback' yang menggalakkan termasuk dari 'sound man' Kem Terendak, Melaka.

"Yank" nyanyian Mohd Hazri & Zunafishailmy

"Kekanda Adinda" nyanyian Mohd Hazri & Nur Aziha

Tuesday, June 14, 2011

Idola.........WINGS






Special Credit to Puan Aida Mohd & Encik Azrulsham (The Photographer)
Sejak D'staff ditubuhkan pada 2005 hingga bertukar nama kepada MyKugiran, kami memang tak terlepas daripada memainkan lagu-lagu Wings. Kesimpulannya lagu Wings adalah lagu kegemaran kami semasa 'jamming'. Lagu-lagu yang selalu kami layan semasa 'jamming' seperti Sejati, Biarkan Berlalu, Biru Mata Hitamku, Lena Diulit Intan dan Peronda Jaket Biru. Walaupun tak dapat menyaksikan Opera Wings di Istana Budaya, kami amat berbangga kerana Wings telah berjaya membuat persembahan yang hebat di tempat yang eksklusif tersebut......perkara yang selalu bermain difikiran kami "kalaulah Kesureta dapat 'sponsor' tiket kepada kami"

Petikan berita dari hmetro....Opera Wings Tiada Tandingan

APA lagi hendak dikata, memang peminat boleh layan lagu Wings dari dulu, kini dan selama-lamanya. Sejak 25 tahun berjuang dan dua kali bertukar vokalis, rocker popular itu tetap membuktikan ‘aura’ mereka masih keras seperti keluli. Buktinya, prebiu Konsert Wings Opera Hidup Rockestra dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, 29 April hingga 1 Mei lalu sesak kerana dihadiri lebih 1,000 peminat termasuk pemain bola sepak terkenal, Zainal Abidin Hassan, pemuzik handalan dan rocker. 

Wings yang didukung Joe (gitar), Awie (vokal), Eddie (bass) dan Black (dram) nyata mempamerkan kelainan berbanding konsert yang pernah mereka adakan selama ini. Paling ketara, mereka mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak mendengar permainan gitar solo yang begitu ‘menangkap’. Bukan itu saja, persembahan 19 lagu diberi ‘sound’ terbaru, menggandingkan tiga vokalis serentak. Tepukan gemuruh kedengaran setiap kali lagu mereka dipersembahkan. Beraksi di depan peminat setia dan dewan berprestij kebanggaan negara, Opera Hidup Wings Rockestra nyata memuaskan hati. Mereka pulang dengan senyuman bersama kamera yang mengandungi wajah rocker kesayangan. 

Persembahan dimulai jam 9.10 malam dengan muzik instrumental, Joe, Eddie dan Black, diikuti nyanyian Awie membawakan lagu Opera Hidup, Hukum Karma, Ranggi Metropolis dan Di Ambang Wati.“Ini malam yang gelisah buat Konsert Opera Wings. Kami teruja dengan sambutan yang diberikan dan persembahan ini penghargaan terhadap anda semua,” kata Awie sebelum aksi disambung dengan lagu Inspirasi Tamingsari serta beberapa lagu lain termasuk Bernafas Dalam Lumpur. 

Joe turut beraksi dengan gitar solo selama beberapa minit dan membuat ‘blues slide’ dengan Syam serta pertarungan dram, ‘snare’, ‘ride’ dan ‘cymbal’ bersama Black dan Jojet menggunakan ‘pedal berkembar’. Ia berjaya membuatkan penonton terpukau. Awie, Mus dan Mel silih berganti menyanyikan lagu masing-masing seperti Lena Diulit Intan, Biru Mata Hitamku dan Semalam Yang Hangat, Biarkan Berlalu dan Rock ‘N’ Roll Lu Punya Suka.


Dengan pancaran cahaya berwarna-warni, montaj menarik ukiran wajah kuartet Wings ala ‘Mount Rushmore’, konsert itu pasti berada dalam lipatan sejarah mana-mana peminat baru dan lama datang menyaksikannya.Beberapa lagu hebat lain yang dipersembahkan termasuk Sejati, Belenggu Irama dan Taman Rashidah Utama sebelum persembahan menutup tirai dengan Peronda Jaket Biru. Kata Awie, Wings tidak datang ke IB sambil lewa kerana mahu menghadiahkan sesuatu kepada industri muzik. 
Special Credit to Puan Aida Mohd & Encik Azrulsham (The Photographer)
Ketua Pengarah Istana Budaya, Muhammed Juhari Shaarani yang menyaksikan persembahan julung kali Konsert Opera Hidup Wings berkata:“Saya harap kumpulan rock lain turut berusaha keras seperti Wings akan tampil dengan semangat baru untuk membuat persembahan di IB. Penghargaan terhadap Wings mencipta satu lagi sejarah baru buat IB. Jualan tiket konsert untuk empat hari sangat-sangat menggalakkan dan ‘sold out’,” katanya.


Antara gitaris yang hadir menyaksikan konsert selama lebih dua jam itu ialah Rosli Mohalim, Hillary Ang, Yan Lefthanded, Hattan, Edrie Hashim, Riz Metalasia dan Bunkface. Ramai di antara mereka pernah berkongsi keringat dengan Wings dalam memperjuangkan rock.Konsert Opera Hidup diadakan bermula 29 April hingga 1 Mei anjuran Bombbay Worldwide dan Anggerik Event dengan kerjasama Red On Black. Sekalung syabas buat Wings.

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...