MyKugiranLTAT poster

MyKugiranLTAT poster

Tuesday, June 14, 2011

Idola.........WINGS






Special Credit to Puan Aida Mohd & Encik Azrulsham (The Photographer)
Sejak D'staff ditubuhkan pada 2005 hingga bertukar nama kepada MyKugiran, kami memang tak terlepas daripada memainkan lagu-lagu Wings. Kesimpulannya lagu Wings adalah lagu kegemaran kami semasa 'jamming'. Lagu-lagu yang selalu kami layan semasa 'jamming' seperti Sejati, Biarkan Berlalu, Biru Mata Hitamku, Lena Diulit Intan dan Peronda Jaket Biru. Walaupun tak dapat menyaksikan Opera Wings di Istana Budaya, kami amat berbangga kerana Wings telah berjaya membuat persembahan yang hebat di tempat yang eksklusif tersebut......perkara yang selalu bermain difikiran kami "kalaulah Kesureta dapat 'sponsor' tiket kepada kami"

Petikan berita dari hmetro....Opera Wings Tiada Tandingan

APA lagi hendak dikata, memang peminat boleh layan lagu Wings dari dulu, kini dan selama-lamanya. Sejak 25 tahun berjuang dan dua kali bertukar vokalis, rocker popular itu tetap membuktikan ‘aura’ mereka masih keras seperti keluli. Buktinya, prebiu Konsert Wings Opera Hidup Rockestra dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, 29 April hingga 1 Mei lalu sesak kerana dihadiri lebih 1,000 peminat termasuk pemain bola sepak terkenal, Zainal Abidin Hassan, pemuzik handalan dan rocker. 

Wings yang didukung Joe (gitar), Awie (vokal), Eddie (bass) dan Black (dram) nyata mempamerkan kelainan berbanding konsert yang pernah mereka adakan selama ini. Paling ketara, mereka mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak mendengar permainan gitar solo yang begitu ‘menangkap’. Bukan itu saja, persembahan 19 lagu diberi ‘sound’ terbaru, menggandingkan tiga vokalis serentak. Tepukan gemuruh kedengaran setiap kali lagu mereka dipersembahkan. Beraksi di depan peminat setia dan dewan berprestij kebanggaan negara, Opera Hidup Wings Rockestra nyata memuaskan hati. Mereka pulang dengan senyuman bersama kamera yang mengandungi wajah rocker kesayangan. 

Persembahan dimulai jam 9.10 malam dengan muzik instrumental, Joe, Eddie dan Black, diikuti nyanyian Awie membawakan lagu Opera Hidup, Hukum Karma, Ranggi Metropolis dan Di Ambang Wati.“Ini malam yang gelisah buat Konsert Opera Wings. Kami teruja dengan sambutan yang diberikan dan persembahan ini penghargaan terhadap anda semua,” kata Awie sebelum aksi disambung dengan lagu Inspirasi Tamingsari serta beberapa lagu lain termasuk Bernafas Dalam Lumpur. 

Joe turut beraksi dengan gitar solo selama beberapa minit dan membuat ‘blues slide’ dengan Syam serta pertarungan dram, ‘snare’, ‘ride’ dan ‘cymbal’ bersama Black dan Jojet menggunakan ‘pedal berkembar’. Ia berjaya membuatkan penonton terpukau. Awie, Mus dan Mel silih berganti menyanyikan lagu masing-masing seperti Lena Diulit Intan, Biru Mata Hitamku dan Semalam Yang Hangat, Biarkan Berlalu dan Rock ‘N’ Roll Lu Punya Suka.


Dengan pancaran cahaya berwarna-warni, montaj menarik ukiran wajah kuartet Wings ala ‘Mount Rushmore’, konsert itu pasti berada dalam lipatan sejarah mana-mana peminat baru dan lama datang menyaksikannya.Beberapa lagu hebat lain yang dipersembahkan termasuk Sejati, Belenggu Irama dan Taman Rashidah Utama sebelum persembahan menutup tirai dengan Peronda Jaket Biru. Kata Awie, Wings tidak datang ke IB sambil lewa kerana mahu menghadiahkan sesuatu kepada industri muzik. 
Special Credit to Puan Aida Mohd & Encik Azrulsham (The Photographer)
Ketua Pengarah Istana Budaya, Muhammed Juhari Shaarani yang menyaksikan persembahan julung kali Konsert Opera Hidup Wings berkata:“Saya harap kumpulan rock lain turut berusaha keras seperti Wings akan tampil dengan semangat baru untuk membuat persembahan di IB. Penghargaan terhadap Wings mencipta satu lagi sejarah baru buat IB. Jualan tiket konsert untuk empat hari sangat-sangat menggalakkan dan ‘sold out’,” katanya.


Antara gitaris yang hadir menyaksikan konsert selama lebih dua jam itu ialah Rosli Mohalim, Hillary Ang, Yan Lefthanded, Hattan, Edrie Hashim, Riz Metalasia dan Bunkface. Ramai di antara mereka pernah berkongsi keringat dengan Wings dalam memperjuangkan rock.Konsert Opera Hidup diadakan bermula 29 April hingga 1 Mei anjuran Bombbay Worldwide dan Anggerik Event dengan kerjasama Red On Black. Sekalung syabas buat Wings.

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Kesemua poster Mykugiran tersebut telah di'edit' dengan menggunakan tunjuk ajar yang diberikan dengan bangganya oleh saudara Bain melalui kepakaran Photoshop yang beliau miliki.... "hhins...hhinss... powernyer aku" ... Bain mencelah dengan riaknyer...