Petikan Berita Harian : Filem berjudul Search: Meniti Titian bakal mulakan penggambaran.

Sedangkan pada waktu Hillary Ng, Nasir Daud dan Din memang sudah lama menunggu mereka (Yazid dan Amy) di Kuala Lumpur. Lima minit sebelum bas bergerak, kelibat Amy dalam keadaan termengah-mengah berlari menaiki anak tangga bas membuatkan Yazid tersenyum bangga. Bermulalah penghidupan baru lima anak muda di kota yang penuh dengan segala macam cabaran sebagai anak seni. Segala detik terpenting, semangat untuk berubah, kejujuran dalam persahabatan dan kehidupan sebenar kumpulan lagenda Search bakal dilayarkan ke layar perak sebagai sebuah filem cereka tidak lama lagi.

Penerbitnya, Marzunaidi Mat Noh berkata, perancangan dan kajian yang rapi akan dilalui bagi memastikan kualiti produk dapat dihasilkan.
“Idea ini timbul setahun yang lalu di dalam bulan puasa. Saya dan rakan sekerja, Suhaimi berjumpa Amy pada satu majlis berbuka puasa dan menyatakan hasrat itu untuk menerbitkan filem yang mengisahkan kisah benar Search.
“Idea saya memang diterima Amy, namun Amy menyoal saya semula, ‘siapa yang nak buat? Katanya kalau betul nak buat, kenalah serius dan melakukan persediaan yang rapi. Memang dia tidak mahu cakap kosong.
“Idea saya memang diterima Amy, namun Amy menyoal saya semula, ‘siapa yang nak buat? Katanya kalau betul nak buat, kenalah serius dan melakukan persediaan yang rapi. Memang dia tidak mahu cakap kosong.

Kini proses menyiapkan skrip sedang rancak dijalankan dan dijangkakan akan melalui beberapa draf sebelum dipersetujui oleh setiap anggota Search sendiri.
“Kami kini sedang mendapatkan kisah hidup setiap anggota Search dengan meluangkan masa menemubual mereka dan mengkaji latar kehidupan silam mereka. “Semua cerita di dalam filem ini adalah cerita benar. Beberapa peristiwa penting akan dikeluarkan di mana tanpa peristiwa itu maka tidak akan wujudlah Search hingga hari ini.
Sebaik draf pertama siap, ia akan melalui proses penyaringan pertama daripada setiap anggota Search sehinggalah ke draf ketiga atau seterusnya.
“Pada peringkat menyiapkan skrip ini, memang kami harus mendapatkan persetujuan daripada semua ahli Search, ini bagi mengelakkan daripada kesalahan fakta. Lebih lagi filem ini bukan sekadar filem cereka tetapi ia boleh dijadikan rujukan kepada peminat mengenai sejarah penubuhan kumpulan kesayangan mereka,” katanya.
Search sudah berusia 30 tahun
VOKALIS utama Search, Amy berkata, sempena 30 tahun usia pembabitan Search di dalam industri hiburan, projek filem ini seharusnya ada bagi dokumentasi impian yang ingin digapai generasi baru.
“Filem ini bukan sekadar menceritakan mengenai pembabitan awal Search di dalam industri seni tetapi semangat. Kerja kuat dan impian Search sehingga sampai ke tahap ini.
“Bagaimana kami bermula dengan mimpi dan akhirnya menjadi realiti. Kami mahu memberi galakan kepada generasi akan datang walaupun kami semuanya bukan dari latar belakang berpendidikan tinggi,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

“Buku ini akan menceritakan kisah Search yang tidak pernah diketahui peminat. Sebagai contoh mengenai pembikinan lagu yang pernah mencetus fenomena dalam industri muzik kita iaitu Isabella dan apa cerita disebalik pembikinan lagu itu.
“Selain itu, kami juga akan mengeluarkan replika patung Search dalam beberapa versi untuk cenderamata kepada peminat kami. Cenderamata ini akan ditempah di luar negara dan ia bakal diperkenalkan buat pertama kali di negara kita secara eksklusif,” katanya.
No comments:
Post a Comment